Setiap kali pengumuman model terbaru iPhone yang dibuat, pastinya harga model antara yang menjadi perhatian para netizen. Harganya yang premium sekaligus membuatkan para peminat sanggup berbelanja besar dalam mendapatkan iPhone terbaru.

Walau bagaimanapun, ura-ura daripada penganalisa popular Apple iaitu Ming-Chi Kuo pada kali ini nyata mengejutkan ramai apabila memaklumkan Apple sedia menawarkan siri iPhone baharu dengan harga yang lebih rendah khususnya bagi model dengan saiz skrin 6.7-inci.

Menariknya, siri iPhone yang dimaksudkan bukanlah siri iPhone 13 atau model yang bakal dikeluarkan pada tahun ini sebaliknya siri iPhone 14 yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun hadapan.

harga iphone 14

Berdasarkan laporan, Apple dijangka sedia mengeluarkan empat model dengan dua saiz berbeza iaitu 6.1-inci dan 6.7-inci. Model-model ini dibahagikan kepada dua model biasa dan dua model Pro. Sebagai perbandingan, harga iPhone 14 Max dijangka bakal ditawarkan dengan harga serendah $900 (RM3,747.15) berbanding iPhone 12 Pro Max yang hadir dengan harga rasmi RM5,299.

Selain itu, siri iPhone 14 dijangka hadir dengan rekaan yang serba baharu dengan penawaran pengimbas cap jari di atas skrin dan dilengkapi dengan takuk yang lebih kecil berkonsepkan punch hold display seperti yang kerap terdapat pada model Android ketika ini. Kamera dengan sensor 48-megapixel antara yang bakal ditawarkan.

Siri iPhone 14 yang dijangka hadir dengan pelbagai perubahan serta harga yang lebih rendah ini dijangka bakal diumumkan pada September atau Oktober 2022. Pasti ramai yang berharap ura-ura ini dapat direalisasikan sekaligus membolehkan iPhone didapatkan dengan harga yang lebih rendah.

Sebelum ini, penganalisa ini pernah mengongsikan rekaan dummy siri iPhone 13 yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

3 Bulan Sebelum Pelancaran Rasmi, Rekaan ‘Dummy’ Siri iPhone 13 Sudah Mulai Diperlihat

Apple Dijangka Bakal Perkenalkan AirPods Pro 2 Seawal Tahun 2022

Sumber